Ibu,
Engkaulah pendorongku,
Engkaulah semangatku,
Engkaulah tempatku mengadu,
Engkaulah segalanya bagiku,
Tanpamu siapalah aku.
Ibu,
Ibu,
Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan
Ibu,
Hidupku di dunia ini keranamu,
Tanpamu tiadalah aku,
Tanpamu aku kehilangan arah tuju,
Tanpamu hidupku terasa kehilangan sesuatu,
Hanya kasih sayangmu yang ku mahu.
Ibu
Tiada aku tanpa ibu
Hanya (kau) satu didunia
Bertakhta dikau dijiwaku
Kau lah ibu yang tercinta
Ibu,
Akan kubalas jasamu,
Walauku terpaksa berkorban nyawa untukmu,
Pengorbananmu besar ertinya bagiku,
Akan ku buktikan kepadamu,
Aku amat menyayangimu, ibu.
Engkaulah pelita hidupku.
Ibu,
Kau insan pengasih
Betapa aku mengharap
Hadirnya restumu ibu
Membawaku ke syurga
Bersemi belaian kasih sayang nan berpanjangan
Darimu insan yang mendoakan kebahagiaan anak-anakmu
Oh... Ibu
aku akui tiada siapa yang sanggup berada disisi aku ,sewaktu aku sakit teruk dulu ,
hanya ibu satu2 nya yang sentiasa berada disisi aku ..menjaga aku ,mendakap aku bile aku ketakutan , bersama2 menitiskan air mata bile aku sedih ..
ibu sentiasa menjadi pendengar setia dan sentiasa disisi aku saat semua pergi ..
ya Allah Engkau kurniakan insan yang terlalu istimewa kepada ku
tanpa aku sedari ,,aku telah lukakan hatinya ..
ibu .... aku rase terlalu jauh dari ibu...walaupun aku dekat .
ibu insan yang aku sayang dalam hidup aku ..tapi bile aku terase jauh dari ibu ,
hati ku sedih ...mungkin aku tak pernah tunjukkan rase sayang aku pada ibu,,tapi dalam hati tuhan je yang tahu..maafkan ku,,sikap kebudak budakan ku membuatkan ibu terase ..
MAAFKAN AKU IBU...T__T
...♥...Fieka...♥...
No comments:
Post a Comment