SEORANG WANITA.........
Gadis itu wajahnya berona NUR IMAN
Mahkotanya dilitupi tanda KEHORMATAN
Maruah diri dipagari dgn KESOPANAN
Dialah puteri indah RUPAWAN
Tika gadis lain sibuk menghiasi diri dia hias NUR ILAHI di wajahnya
Tika gadis lain sibuk mencari SANG PUTERA
Dia selesa bersama CINTANYA
Tika gadis lain sibuk bermadah pujangga
Dia tekun dgn baik KATA TUHANNYA
Tika gadis lain menangisi pemergian ARJUNA
Dia tangisi kehinaan diri sebagai HAMBA
Gadis itu seperti MAWAR BERDURI...
Indah DIPANDANGAN namun sukar DIPEGANGAN..
Mulianya kerana KETAQWAAN...
Cantiknya kerana keperibadian AKHLAK MULIA...
kerana itulah dikatakan GADIS IDAMAN..
SEORANG LELAKI..............
Biarlah dia seorang yang buta
Kerana matanya sunyi dari melihat perkara-perkara maksiat dan lagho Kerana kedua matanya terpelihara dari memandang aurat wanita ajnabi
Asalkan kedua matanya terang dalam memerhati keagungan ciptaan Allah
Asalkan dia celik dalam melihat kesengsaraan umat Islam di Palestin,Gaza, dan seumpamanya ~
Biarlah dia seorang yg bisu
Bisu dari pujuk rayu yang bisa mengoncang keimanan
Bisu dari mengungkapkan ungkapan yang bisa meracun fikiran
Bisu dari perkataan yang bisa mengundang kekufuran
Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingati Tuhan
Asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran
Asalkan dia petah membangkang kemungkaran dan dia lantang menyuarakan kebenaran ~
Biarlah dia seorang yg bakhil
Bakhil dalam memberi senyuman pada wanita yang bukan mahramnya Bakhil dalam meluangkan masa untuk membuat temujanji dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya
Bakhil untuk menghabiskan wang ringgitnya kerana seorang wanita yang tidak sepatutnya
Tetapi dia begitu pemurah meluangkan masanya untuk beribadah dengan Khaliqnya
Dia begitu pemurah untuk mempertahankan aqidahnya
Pemurah dalam memberikan nasihat dan teguran
Sehingga dia sanggup menggadaikan hartanya bahkan nyawanya demi melihat kalimah syahadah
Kembali megah di muka dunia ~
Tetapi dia cukup kaya dalam pelbagai ilmu pengetahuan
Dia begitu kaya memiliki ketinggian akhlak dan budi pekerti yang mulia Dia begitu kaya dengan sifat sabar dalam mengharungi tribulasi kehidupannya
Dan dia seorang yang kaya dalam menanam impian untuk menjadi seorang syuhada yang SYAHID......
****RENUNGKANLAH**** "Bergungung mana pun harta,bukanlah kaya namnya,jika miskin budi bahasa... "secantik mana pun diri,bukanya pahlawan namanya,jika nafsu tidak dapat dilawan... "secantik mana pun rupa dan ayu,bukanlah namanya ratu,jika buruk tingkah lakunya.... "setinggi mana pun darjatnya,bukanlah namnya mulia,jika tiada iman di dada... "melangit mana pun ilmu,bukanlah namanya bijaksana,jika tidak diamal dan diguna.... "sealim mana pun warak,bukanlah namanya ulamak,jika takbur dan riak....
Bismillahirrahmaanirrahim...............
InsyaALLAH..ameenn !! ♥ ♥
...♥...Fieka...♥...
No comments:
Post a Comment