Wahai HATI ku
Mengapakah kau bersedih..?
Mengapakah kau berputus asa..?
Mengapakah kau menangis..?
Mengapakah kau kesunyian..??
Adakah kau terguris..?
Adakah kau terluka..?
Adakah kau kesakitan..?
Adakah kau keseorangan..??
Wahai HATI ku
Janganlah kau terus bersedih kerana kau diguris..
Janganlah kau biarkan kesedihan itu membunuh mu..
Janganlah kau terus berputus asa kerana dilukai..
Janganlah kau melayan perasaan itu..
Janganlah kau terus menangis kerana kesakitan
Janganlah kau terus berasa sunyi kerana keseorangan...
Wahai HATI ku
Aku ingin memahami mu..
Aku ingin menceriakan mu..
Aku ingin mengubati kesakitan mu..
Aku ingin menemani mu...
Namun,
Kau terlalu abstrak untuk dimengerti..
Kau terlalu subjektif untuk didefinisikan..
Kau terlalu sukar difahami..
Kau terlalu mudah tewas dalam godaan dan cabaran..
Ingatlah pesanan ini wahai HATI ku
Kau harus tabah dalam setiap ujian..
Kau harus bijak menangani setiap cabaran..
Kau harus bersabar dengan segala cubaan..
Kau harus bersikap tenang dalam apa jua keadaan...
Ingatlah nasihat ini wahai HATI ku
Banyakkanlah kau meningati Allah..
Dekatkanlah hatimu dengan agamamu..
Bersabarlah wahai HATI ku
Sesungguhnya kesedihan itu lambat laun akan membunuhmu..
Sesungguhnya kesedihan itu bisa menjauhkanmu dari jalan Illahi..
Sesungguhnya kesedihan itu hanya sementara..
Sesungguhnya kesedihan itu hanya mengundang sifat putus asa..
Sesungguhnya kesedihan itu bisa melemahkan iman mu...
Renungkanlah wahai HATI ku
Kesedihan itu diciptakan hanya untuk menguji mu..
Kesedihan itu hanyalah sebagai “benchmark” untuk menguji iman mu..
Kesedihan itu adalah ujian yang pasti ditempuhi oleh setiap makhluk..
Kesedihan itu dapat membuat kau lebih tabah dalam menghadapi liku-liku kehidupan..
Kesedihan itu banyak mengajar mu erti kehidupan..
Kesedihan itu mematangkan mu...
Nasihat untuk HATI ku
Wahai hatiku,
Banyakkan lah kau mengingati Penciptamu..
Wahai hatiku,
Isilah masa mu yg terluang dengan berfikir..
Wahai hatiku,
Tenteramkanlah dirimu dengan Al-Quran..
Wahai hatiku,
Janganlah kau terus buta dengan kesenangan dunia..
Wahai hatiku,
Bersabarlah dengan apa jua cabaran yang mendatang..
Wahai hatiku,
Janganlah kau kotorkan dirimu dengan mengikut musuh mu yang nyata..
Wahai hatiku,
Kuatkanlah benteng pertahanan mu dari serangan musuhmu yg nyata..
Wahai hatiku,
Sesungguhnya kau tahu cara untuk melawan musuhmu..
Fahamilah ayat ini Wahai HATI ku
"(iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram." (Surah Ar-Ra'd : 28)
"Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Karena sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta, ialah hati yang di dalam dada." (Surah Al-Hajj : 46)
Wahai HATI ku
Aku harap kau sentiasa sihat..
Aku ingin mengingatkan bahawa kau tidak keseorangan..
Sesungguhnya ALLAH sentiasa bersama mu..
Mindaku selalu bersama mu kerana minda dan hati saling membantu antara satu sama lain..
Jiwaku menemani mu..
Usahlah kau bersedih lagi wahai hatiku..
Usahlah kau tangisi lagi segala ujian yang ditempuhi..
Usahlah kau rindui apa yg bukan milikmu..
Biarkan ia pergi wahai hatiku kerana itu adalah ketetapan ALLAH..
Usahlah kau kenang ia lagi..
Sesungguhnya ALLAH tahu apa yang baik bagimu..
Semoga kau sentiasa sihat Wahai HATI ku..=)
...♥...Fieka...♥...
No comments:
Post a Comment